Wednesday 30 August 2017

BENGKEL ROTI📣📣📣

Bengkel kek dan roti akan menganjurkan bengkel

Bengkel ROTI 🍞🍞🍞 di

SITIAWAN
Tarikh : 3 sept 17
Masa : 10 pagi
Yuran RM100

SERI ISKANDAR
Tarikh : 10 sept 17
Masa : 9.30pg
Yuran : RM100

IPOH
Tarikh : 24 sept 17
Masa : 9.30pg
Yuran : RM100

Bengkel KEK 🎂🎂🎂 di

SERI ISKANDAR
Tarikh : 10 sept 17
Masa : 2ptg
Yuran : RM100

IPOH
Tarikh : 24 sept 17
Masa : 2ptg
Yuran : RM100

Berminat sila 011-11553448 Pn Aimarl utk maklumat lanjut
TERHAD 10 peserta sahaja















Wednesday 18 May 2016

PRE ORDER AIDILFITRI 2016 SUDAH DIBUKA

PRE ORDER untuk raya 2016 dah dibuka. Akan ditutup pada ujung bulan ini (31/05/2016).
Kalau ada apa2 perubahan utk lanjutkan tempoh preorder akan kami maklumkan semula





Friday 29 April 2016

TEMPAHAN DOORGIFT

Tadaa.... Doorgift...

Alhamdulillah, selamat dah hantar 250pcs doorgift utk majlis kenduri kahwin esok. 

Doorgift RM2.50 Minimum Order 50 bekas
Whatsapp 011-11553448 untuk tempahan
Sila maklumkan pada kami sebulan sebelum tarikh majlis 







Monday 11 April 2016

PANDUAN BUAT BISKUT

Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:

1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.
2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.
3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).
4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.
5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.
6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.
7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.
8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.
9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.
10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.
11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).
12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.
13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.
14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.


copy paste dr blog norzailina nordin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...